Status pemuliharaan Graptemys flavimaculata

Spesies ini disenaraikan sebagai terancam di bawah akta, "US Endangered Species Act" disebabkan populasinya yang semakin menurun. Hal ini disebabkan kadar pembiakannya yang semakin berkurangan berbanding kebanyakan kura-kura peta lain. Antara puncanya ialah kemusnahan sarang telurnya akibat pemangsa seperti gagak dan fenomena alam seperti kebanjiran. Malah aktiviti manusia di tepi-tepi pantai dan sungai berhampiran habitat mereka juga boleh menjejaskan kadar pembiakan haiwan ini.[4]

Selain itu, pencemaran dan aktiviti pertanian juga mempengaruhi kelangsungan hidup haiwan ini. Malah "Turtle plinking", iaitu aktiviti menembak kura-kura, membunuh haiwan ini setiap tahun.[5]

Rujukan

WikiPedia: Graptemys flavimaculata http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2013.RLTS.T9498A129964... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=103... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucnredlist.org http://www.iucnredlist.org/details/9498/0 http://www.iucnredlist.org/search/details.php/9498... http://www.turtleconservationfund.org/wp-content/u... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s...